1. Kenyataan media parti MUDA yang mendesak agar aktivis Iswardy Morni dibebaskan adalah amat dikesali sekali.
  2. Iswardy ditahan dan sedang disiasat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan & Akta Komunikasi & Multimedia ekoran daripada video yang dihasilkan beliau yang didakwa telah menghina Yang Di-pertuan Agong, semalam.
  3. Terdapat perbezaan di antara menghasut rakyat untuk membenci institusi diraja dengan hak kebebasan bersuara.
  4. Bukan semua perkara boleh dianggap sebagai hak kebebasan bersuara tanpa melihat kepada batas undang-undang serta mengambil kira faktor sejarah dan sosial negara.
  5. Tindakan MUDA ini boleh menggalakkan lebih ramai lagi Iswardy dalam Malaysia.
  6. Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung sistem raja berpelembagaan, institusi Yang Di-pertuan Agong merupakan tunjang kepada ketiga-tiga badan pentadbiran negara, iaitu Perundangan, Kehakiman & Eksekutif.
  7. Maka ia perlu dipelihara dan dipertahankan di bawah kerangka undang-undang negara.

Mohamad Siddiq Azani
Biro Undang-Undang
Armada Bersatu Malaysia

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *