Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru.
Namun pelantikan itu, yang diputuskan dalam mesyuarat PH petang semalam, menerima tentangan daripada sebilangan pemuda PKR (AMK).
Difahamkan pelantikan Shazni mendapat sokongan majoriti daripada ahli pemuda Amanah dan DAP, setelah rundingan dibuat oleh majlis presiden PH.
Pelantikan itu juga dibuat meskipun memo daripada ahli AMK menyokong ketuanya, Akmal Nasir untuk memegang jawatan tersebut.
AMK menyatakan Akmal seharusnya dilantik ke jawatan itu memandangkan sayap parti itu memiliki kekuatan jentera akar umbi.
Selain kredibiliti akademik, AMK berkata kedudukan Akmal sebagai ahli parlimen juga menyebabkan dia mempunyai kelebiha berbanding calon-calon lain.
Tambahnya, AMK di peringkat akar umbi juga terkesan dengan beberapa saranan daripada kepimpinan utama PH untuk membentuk kerjasama politik membabitkan individu yang telah mengkhianati pesiden PKR sebelum ini
Ini diperayai merujuk kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang mencadangkan kerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad setelah kerajaan PH tumbang.
Sumber Pemuda DAP menjelaskan, memo berkenaan mendorong partinya untuk sebulat suara menyokong Shazni bagi jawatan ketua Pemuda PH.
Satu lagi sumber Pemuda PH berkata, Pemuda DAP dan Amanah sukar bekerjasama dan mendapatkan kata sepakat daripada rakan PKR mereka mengenai beberapa isu.
Akmal menerusi akaun Facebook semalam menzahirkan ucapan tahniah kepada Shazni susulan lantikan tersebut.
Akmal menerusi akaun Facebook semalam menzahirkan ucapan tahniah kepada Shazni susulan lantikan tersebut.