Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman menerusi satu kenyataan berkata, beliau bersyukur kerana parti itu dapat dibersihkan daripada mereka yang tiada prinsip perjuangan, terutamanya golongan yang ingin menutup salah laku ketika kumpulan itu berkuasa.
Menurutnya, kini parti tersebut semakin mengenali kawan dan lawan setelah menghadapi pelbagai siri pengkhianatan.
“AMK Kuala Langat masih kukuh dan utuh bagi menterjemah perjuangan reformasi,” katanya pada Sabtu.
Pagi tadi, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta.