Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat terhadap 10 negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi laman Facebooknya berkata, ribut petir dijangka di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, angin kencang dijangka bagi negeri Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Pekan dan Rompin).

Kiosked

Seterusnya, hujan lebat diramal berlaku di Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau)

Cuaca sama turut diramal melanda negeri Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Bagi Sarawak, kawasan yang terjejas adalah di sekitar Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Sementara di Sabah pula adalah di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang), Tawau (Tawau dan Lahad Datu)

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *