Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, di Terengganu kawasan yang terbabit adalah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron, Lipis Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran dijangka terkesan.

“Sementara itu, di Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat turut terbabit,” katanya.

Selain itu, menurut MetMalaysia, di Negeri Sembilan kawasan yang terbabit adalah Jelebu, manakala di Johor ialah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat dijangka terkesan.

Katanya, di Sarawak ia membabitkan Kuching, Samarahan, Sibu (Selangau), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

:Di Sabah pula kawasan yang terbabit adalah Pendalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan cuaca, boleh layari laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *