Serahan ini di ketuai oleh Pengarah Biro Mobilisasi Amanah Nasional YB Mohd Sany Hamzan dan YB Azli Yusof Ahli Parlimen Shah Alam.

Pengarah Biro Mobilisasi Parti
Amanah Negara dan Timbalan Biro Mobilisasi Pakatan Harapan bersama
seluruh kepimpinannya, mewakili rakyat Malaysia yang menyokong kedaulatan
undang-undang dan ketinggian integriti dan ketelusan bersimpati dengan
situasi ini, dengan ini mengangkat sembah mengadu dan membawa
keperhatian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan mengenai fahaman dan
pemikiran melampau Yang Berhormat (YB) Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi.

Pemikiran Melampau”Maka, terciptalah satu kumpulan Ahzab (barisan, parti dan kumpulan) yang berbeza ideologi dan niat yang tidak ikhlas, bersatu untuk menentang Islam yang pernah dihadapi oleh generasi awal dengan penuh keimanan,” YB Tan Sri Abdul Hadi.

Peperangan Ahzab itu sedia maklum pertembungan antara pasukan Muslim dan kuffar yang memerangi Islam. Tetapi bagaimana YB Tan Sri Haji Abdul Hadi dengan semudahnya menggelar parti selain mereka adalah pasukan ahzab yang majoritinya jika dilihat adalah ramainya terdiri daripada parti dan kumpulan yang dianggotai Muslim.

Adakah YB Tan Sri Haji Abdul Hadi sememangnya berniat mempertikai akidah majoriti umat Islam di Malaysia?

Cubaan mempertikai rukun negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

“Adapun penubuhan kerajaan pasca pilihan raya adalah di luar tabii demokrasi yang sebenar bersama penipuan yang nyata dengan mengumpulkan semua kumpulan penipu, penyangak dan oportunis,” YB Tan Sri Haji Abdul Hadi.

Kerajaan perpaduan yang dibentuk pasca pilihan raya dengan perkenan YDPA adalah selari dengan Undang-Undang dan Perlembagaan yang diterima masyarakat umum dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sebelum ini dicabar keabsahan Perdana Menteri dan kerajaan hari ini, tetapi telah berjaya dibuktikan sokongannya di parlimen yang YB Tan Sri Haji Abdul Hadi sendiri ada dan terlibat dalam pengundian itu.

Dalam sikap berterusan seolah-olah cubaan mempertikai keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang negara, lupakah dia kerajaan tebuk atap yang dia jayakan sebelum ini sebenarnyalah di luar tabii demokrasi.

Cubaan menyuburkan gejala takfiri

“Perkara yang paling penting apabila anak muda mendapat petunjuk Allah SWT untuk menunaikan kewajipan mengundi yang menjadi jihad fardu ‘ain, bukan lagi fardu kifayah kerana Islam dan umatnya diancam.

Adapun kalangan mereka yang tua pula tidak menunaikan kewajipan yang besar ini kerana merasakan ia tidak penting, disebabkan jahil murakkab setelah dikatakan negara ini sudah merdeka lebih setengah abad.”

“Islam tetap dihalang di mana sahaja di seluruh dunia, walaupun telah memilih pendekatan demokrasi yang dikira sinonim dengan Islam.

Namun, demokrasi ala Barat hakikatnya mengharamkan Islam berkuasa semula. Alasan di sini kerana PAS mendapat kerusi paling banyak, walaupun PAS sedia berta‘awun dengan semua kumpulan yang tidak ekstrem.”

Jelas kenyataan YB Tan Sri Haji Abdul Hadi ini cubaan menyuburkan amalan takfiri di negara ini apabila dengan nyatanya mengatakan apabila mereka tidak dapat berkuasa maka sama seperti menghalang Islam berkuasa.

Gejala sesat takfiri yang mentakdis kumpulan mereka sahaja sebagai Islam dan selainnya adalah musuh Islam, maka kalau dibiarkan akan menyebabkan gejala takfiri terus berleluasa di Malaysia.

Lantaran itu, AMANAH memohon sembah kebawah Duli Yang Maha MuliaTuanku sekalian demi mempertahanan kedaulatan dan keyakinan rakyat terhadap Raja dan Negara dan mengangkat kembali martabat integriti Malaysia di persada dunia, memohon agar DYMM Tuanku dapat menyiasat dakwaan-dakwaan yang dimainkan oleh Ustaz Abdul Hadi Awang ini dari terus berleluasa mengotori minda dan rakyat dinegara ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *