Rafizal Ali Pengarah Biro Mobilisasi Amanah Selangor telah hadir ke IPD Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Mohd Dendera Billah Zamzuri Ketua Pemuda UMNO Shah Alam kerana memfitnah Pakatan Harapan Selangor melalui medium TikTok pada 19 Sept baru-baru ini.

Klip video berkenaan telah tersebar luas di mana beliau telah membuat beberapa kenyataan berbentuk fitnah jijik dan tidak tepat sama sekali.

Antara kandungan fitnah adalah seperti berikut:-

  1. kononnya Kerajaan negeri Selangor menjanjikan pendidikan percuma.
  2. Kerajaan negeri Selangor lambat bertindak ketika banjir.
  3. Kerajaan PH menggugurkan kes-kes rasuah terkait pemimpin PH.
  4. Pegawai-pegawai Mat Sabu terlibat rasuah.

Mereka yang hadir di IPD memohon agar PDRM mengambil tindakan segera ke atas Ketua Pemuda UMNO Shah Alam dengan Kadar yang segera.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.