Siapa tak kenal Mat Sabu atau lebih mesra dipanggil Abang mat.

Beliau memang pemidato yang hebat. Lawak santainya pasti memukau pendengar hingga tidak kering gusi.

Antara isu yang paling berdegar-degar abang Mat lontarkan ialah isu PAS menerima dana 90 juta daripada UMNO sebelum PRU-14.

Asakkan hebat berdentum dentam di setiap pentas ketika menjelang pilihanraya umum sehinggakan PAS nguyup di banyak negeri pantai barat dan UMNO BN tumbang sebagai kerajaan.

Namun apabila beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan, segalanya berubah. Dalam beberapa bulan saja Setpolnya terpalit dengan tuduhan rasuah melibatkan jutaan ringgit dan kesnya masih berjalan sehingga kini.

Arang sudah mulai terconteng di wajahnya tapi tiada juga suara garang beliau dalam isu-isu besar dilontarkan sewaktu masih menjadi MenHan.

Apa sudah jadi kepada Presiden Amanah sekarang? Daripada sebuah parti yang pernah menjadi kerajaan kini berdepan dengan hakisan kepercayaan ahli yang nampak gayanya semakin ramai bakal meninggalkan perjuangan parti.

AMANAH dilunyaikan oleh parti dalam satu gagasan pun tiada suara keluar dari mulut beliau. ADUN-ADUN melompat ke PKR bukan perkara baru, ianya berlaku dari tahun lepas lagi dan terbaru sekali tiga beralih angin ke PKR.

Ini adalah tamparan hebat terhadap parti AMANAH yang semakin merosot kepercayaan ahli-ahli dek ‘kebisuan’ dan kegagalan Presiden mengawal kerosakkan dalaman.

Terbaru pimpinan PKR Rafizi Ramli secara terang-terang menamakan AMANAH sebagai PAN, juga tiada tindakbalas apa dari Presiden.

Beberapa kawasan AMANAH seperti Ledang dan Bukit Bintang mengutuk keras perbuatan curi pimpinan AMANAH sehingga mengumum gantung hubungan dengan PKR pun tiada sok sek sok sek dari mulut Presiden.

Apa sudah jadi kepada Presiden AMANAH yang dulunya Gajah sekarang sudah jadi tikus??

AMANAH hilang punca dan kelihatan tenggelam dengan lambakan isu yang muncul sekarang.

Dalam pelbagai isu yang berlaku kepada rakyat, Presiden AMANAH nampaknya tidak ke hadapan menjuarai rungutan dan bebanan rakyat.

Yang nampak ke depan bersusah payah hanyalah beberapa kerat aktivis-aktivis yang sayangkan perjuangan parti AMANAH.

Masih terngiang-ngiang di kepala otak admin kata-kata ex Menhan ini “ELEPPHANT FIGHT WITH THE ELEPHANT, GRASS WILL SUFFER”.

Adakah ungkapan itu sudah tertepek ke muka Mat Sabu? Hanya rakyat dan pengundi akan menilai.

KELAB JIWA LUKA

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *