Seperti sedia maklum, sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu perkauman dan agama telah berlegar di sosial media yang dibuat bagi menanam rasa benci pada kaum lain serta boleh menyebabkan permusuhan dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, satu laporan polis serentak seluruh negara telah diadakan pada pagi ni oleh YB Sany Hamzan serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan di IPD Dang Wangi

Dalam kenyataan bersama media, beliau berkata tindakan tersebut telah menimbulkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci membenci, atau mengggangu gugat keharmonian kaum, agama rakyat Malaysia.

AMANAH memohon agar pihak PDRM membuka kertas siasatan serta mengambil tindakan segera keatas individu/pengguna media sosial yang telah mencetuskan api perkauman yang boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *