KUALA LUMPUR – Semua royalti lagu lagu Aduh Malaysia (Siapa sokong penyamun) diserahkan kepada waris seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

Penyanyi dan pencipta lagu tersebut, Altimet yang juga Ketua Cabang PKR Ampang berkata, hak lupus royati itu akan berakhir 50 tahun lagi.

“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ni kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya dapat hasil harta intelek dia.

“Hak ni lupus 50 (tahun) lepas pencipta meninggal. Lagi ramai org nyanyi lagi banyak dio orang dapat. So Terimalah kasih semua,” katanya.

Altimet mencipta lagu ‘Penyamun’ dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun hasil ciptaan P. Ramlee.

Lagu itu kemudian menjadi trending sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan digunakan oleh pemimpin serta jentera PH untuk bahan kempen.

Lagu itu ditujukan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dengan aktiviti mencuri duit rakyat sepanjang lebih 60 tahun memerintah.

Altimet mendedahkan sumbangan tersebut dalam Twitternya.

Beliau membalas ciapan seorang pengikut yang menggunakan akaun Syazihan.

  • Malaysia Gazette

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *