RAKYAT harus menyokong Gerakan Tanah Air (GTA) yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi GTA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata ia membolehkan Dr Mahathir kembali memperkasa kedudukan Melayu serta menjamin kesejahteraan kaum lain.

“Hanya wadah perjuangan mulia dan berprinsip Dr Mahathir saja boleh menyelamatkan negara dari terus hancur.

“Beri peluang kepada Dr Mahathir untuk kembali sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya hanya untuk dua tahun lagi.

“Kerosakan negara secara berskala besar hari ini hanya boleh diselesaikan tokoh negarawan bertaraf dunia seperti Dr Mahathir kerana dunia luar masih menghormati beliau serta mempunyai keyakinan tinggi terhadap mutu kepimpinannya,” katanya hari ini.

Khairuddin yang juga Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan berkata semua pihak harus sedar dan insaf untuk melantik tokoh berwibawa bagi merealisasikan pembangunan ‘Malaysia Baharu’.

“Allah swt masih meminjamkan Dr Mahathir secara bersebab kepada kita semua dan kita harus mengambil kesempatan ini untuk memanfaatkan kebijaksanaan negarawan ini bagi menyelesaikan semua permasalahan yang sedang membebankan rakyat.

“Tokoh negarawan terulung negara ini tidak mempunyai agenda kepentingan diri kecuali hanya
mahu membangunkan semula ‘Malaysia Baharu’ sehingga digelar semula sebagai kuasa ‘Harimau Asia’ yang disegani dunia luar.

“Gelaran negara ‘kleptokrasi’ dicipta oleh Umno mesti dipadam dengan segera buat selamanya,” katanya lagi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *