Meskipun kini berada di balik tirai besi, penyanyi nasyid Yasin Sulaiman masih berkarya dan berkongsi nukilan sebuah lirik lagu yang berjudul Aku Bipolar, semalam.

Yakin dengan kanabis

Dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Yasin meluahkan perasaan tentang dirinya yang hidup sebagai penghidap penyakit bipolar dan memerlukan rawatan sewajarnya.

Aku sakit mental sesekali kronik, zahir sentimental di dalam tragik bila rasa kebal, tak takut high risk nampak berakal berkata yang logik.

Memetik lirik lagu tersebut, pelantun lagu Mimpi Laila itu seakan-akan memberi penegasan bahawa dia yakin akan keberkesanan kanabis akan penyakit yang dihidapnya.

Fikiran melayang kualami psikosis, perlukan rawatan kanabis, bukan sintetik internationalis, preskripsi Big Pharma kapitalis.
Waktu hiperaktif insomnia, memori selektif amnesia, tak sanggup kembali manis, diikuti depresi yang lama.

Terdahulu, pemilik nama Mohammad Yasin Sulaiman itu juga pernah berkongsi lirik lagu yang diciptanya di Penjara Sungai Buloh, berjudul Bebaskan Aku.

Untuk rekod, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram, dan pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin akan dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Sumber: Instagram Yasin Sulaiman

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.