Yuslaini menggesa sebuah siasatan telus dijalankan mengenai dakwaannya diserang secara seksual oleh ADUN Permatang Pasir.
Wanita yang menuduh seorang ahli politik melakukan serangan seksual terhadapnya menggesa satu siasatan yang telus dijalankan ketika wujud beberapa dakwaan mengatakan ada agenda politik dalam laporannya kepada polis.
Aktivis PKR, Yuslaini Azmi berkata dia berharap tuduhannya terhadap ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil tidak disalahguna dan dijadikan sebagai bahan politik oleh mana-mana pihak.
“Saya menolak segala politik kotor yang akan mengeruhkan situasi hanya kerana kami berada dalam blok pembangkang,” kata Yuslaini dalam sebuah kenyataan.
Yuslaini telah menamakan ahli politik Amanah itu dalam sebuah laporan polis di Subang Jaya minggu lalu, dia mendakwa Faiz cuba memegang tangannya, “meraba”, dan “memeluk” tubuhnya di dalam sebuah kereta.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, undang-undang yang menetapkan kesalahan berhubung penggunaan kekerasan untuk memalukan kesopanan seseorang.