Team Rafizi Ramli menguasai pemilihan parti PKR berdasarkan keputusan yang diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) itu pada Kongres Nasional ke-16 PKR, hari ini.

Keputusan pemilihan PKR bagi penggal 2022-2025 itu diumumkan Timbalan Pengerusi JPP, Saiful Izham Ramli.

Berdasarkan pengumuman itu, ahli yang berada dalam pasukan Rafizi menguasai sebahagian besar saf kepimpinan PKR baharu.

Antara ahli pasukan Rafizi yang menang dalam pemilihan parti ialah, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Haron yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bekas Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; calon Ketua AMK, Fahmi Zainol; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina @ Nor Azrina Surip dan selebriti, Datuk Hans Isaac antara ahli pasukan Rafizi yang menang dalam pemilihan PKR.

Rafizi berjaya menewaskan pencabarnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Abdullah bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Berikut senarai kepimpinan baru Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR tidak termasuk tiga Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden:

  1. Maszlee Malik
  2. Akmal Nasrullah Mohd Nasir
  3. Romli Isham
  4. Fahmi Zainol
  5. Yahya Sahri
  6. Nurin Aina
  7. Lee Chean Chung
  8. Siti Aishah
  9. Syed Ibrahim Syed Noh
  10. Datuk Gerald Hans Isaac
  11. Simon Ooi
  12. Wong Chen
  13. Raiyan Abdul Rahim
  14. Tan Kar Hing
  15. Zahir Bin Hassan
  16. David Cheong
  17. Hee Loy Sian
  18. Amidi Abdul Manan
  19. Elizabeth Wong
  20. Muhammad Bakhtiar

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.