Zahid Hamidi telah meletakkan kemenangan besar BN dalam siri PRN Melaka dan Johor yang lalu sebagai batu aras pencapaian pada PRU 15 ini walaupun masa dua siri PRN yang lalu jumlah yang mengundi hanya 50 peratus namun beliau dilihat terlalu yakin sokongan rakyat kembali beralih kepada BN justeru mahu PRU 15 disegerakan walaupun negara berdepan dengan risiko banjir.

Dijangka rakyat akan lebih ramai keluar mengundi pada setiap PRU akan menyebabkan batu aras pencapaian BN pada PRN yang lalu tidak boleh lagi jadikan batu pengukur.

Dilihat juga percaturan pemilihan calon yang bertanding pada PRU 15 jelas sekali Zahid Hamidi adalah presiden Umno paling lemah dari segi taktikal mana tidaknya beliau telah menggugurkan 10 calon penyandang parlimen kemudian menyenaraikan semula 9 calon yang kalah pada PRU yang lepas.

Meletakkan Khairy Jamaludin ke kawasan kubu kuat PKR juga dianggap sebagai perancangan yang memenatkan jentera parti walhal banyak kawasan lain boleh dimenangi dengan mudah.

Tindakan beliau menyenaraikan calon-calon yang berhadapan dengan kes mahkamah juga dilihat tidak wajar kerana Umno sedang berhadapan dengan isu integriti apabila bekas presiden mereka baharu sahaja dipenjarakan kerana rasuah dan salahgunakuasa.

Perancangan yang dilakukan oleh Zahid dilihat tidak teratur malah akan menjadi punca utama kekalahan BN pada PRU 15 nanti. Jika BN kalah pada PRU 15 nanti pastinya Zahid Hamidi adalah presiden Umno yang terlemah dalam sejarah.

Senarai calon Umno yang kalah PRU 14 Yang bertanding semula PRU 15

  1. Nurjazlan
  2. Saleh Said keruak
  3. Rahman Dahalan
  4. Asyraf Wajdi
  5. Johari Abd Ghani
  6. Jamil Khir Baharom
  7. Mohd Zubir – PRU 13
  8. Mashitah Ibrahim .
  9. Khaled Nordin

Senarai penyandang parlimen yang digugurkan

  1. Noh Omar – Tanjung Karang
  2. Tajjudin Rahman – Pasir Salak
  3. Zahidi Zainul – Padang Besar
  4. Shahidan – Arau
  5. Ismail Mutalib – Maran
  6. Annuar Musa – Ketereh
  7. Adham Baba – Tenggara
  8. Halimah Sadique – Kota Tinggi
  9. Ahmad Hamzah – Jasin
  10. Mastura Yazid – Kuala Kangsar

Senarai calon yang ada kes mahkamah

  1. Zahid Hamidi
  2. Azeez Rahim
  3. Bung Mukhtar.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *