Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan sedia untuk mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan berkemungkinan besar menggunakan tiket parti lain.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh sebaliknya mahu melihat perkembangan terkini sebelum membuat sebarang keputusan berkait dengan masa depan politiknya.

“Saya fikir biar benda itu terjadi dahulu (nama tidak tercalon). Kalau kita fikir dan rancang awal-awal seolah-olah kita nak mendahului qadar dan qadar itu tidak payahlah.

“Cuma pesan saya, jangan panik dan gelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanya dalam hidup. Ini perkhidmatan kepada rakyat, yang penting kita jujur dan jika dilantik buat kerja secara bersungguh-sungguh,” katanya selepas menjawab soalan yang dikemukakan pemberita sama ada beliau akan kekal bertanding jika nama tidak tercalon di Parlimen Ketereh bagi mewakili BN.

Annuar memberitahu, senario politik negara ketika ini sudah berubah dan beliau akan merujuk pemimpin masyarakat, imam-imam dan rakyat untuk mendapatkan pandangan sebelum membuat keputusan.

“Pas kerajaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerajaan. Kalau dulu keluar parti dari kerajaan masuk pembangkang dan sebaliknya.

“Sekarang ini kalau tidak duduk parti kerajaan, di luar ada parti lain, kerajaan juga,” ujarnya.

UM

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *