Pernah bersama UMNO sebelum ini, penghijrahan Afdlin ke PKR semata-mata untuk bersama-sama Anwar melakukan perubahan pada gelanggang politik dan ke arah kebaikan Malaysia untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Lima kali bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendengar sendiri falsafah perjuangan politik Presiden PKR itu, akhirnya menemukan Datuk Afdlin Shauki pada jawapan kenapa beliau harus memilih untuk bersama-sama parti berkenaan dalam langkah politiknya.PKR, kata Afdlin, misi parti itu, seiring dengan kecintaan beliau pada kerja-kerja kemasyarakatan.

Mendampingi rakyat, menyantuni golongan tidak berkemampuan dan membantu mengubah nasib golongan yang memerlukan adalah kerja-kerja yang sering dilakukan Afdlin selama ini di bawah payung pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Justeru, melihat ketekunan Anwar dan PKR meletakkan kebajikan rakyat pelbagai kaum sebagai keutamaaan dalam perjuangan menyebabkan seniman itu membulatkan tekad untuk berada dalam platform yang sama.

Dalam masa sama, Afdlin, 50, juga mengagumi semangat perjuangan Anwar yang juga Ketua Pembangkang.Kata Afdlin, segala kepayahan yang dilalui Anwar sepanjang beberapa dekad dalam gelanggang politik benar-benar menyentuh hatinya.

“Perjuangan Datuk Seri Anwar dari kaca mata saya seperti mana yang dilalui Nelson Mandela. Seperti mana Nelson Mandela melalui kepayahan sehingga dipenjara, demikian juga dengan Datuk Seri Anwar

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *