AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Belantik, Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, Kedah.

Perkara itu disahkan Timbalan Yang Dipertua PAS Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman, yang memaklumkan Mohd Isa, 69, yang dimasukkan ke Hospital Sik kira-kira 7 malam tadi sebelum dibawa ke HSAH pada 4 pagi kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

“Menurut anak beliau, Ustaz Mohd Isa kelihatan lemah dan rebah di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Jelutong, Sik kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Hospital Sik dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

“Keadaan kesihatannya lemah dan menurun sebelum doktor menidurkannya. Saya mohon orang ramai mendoakan beliau agar sembuh dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat Belantik,” katanya.

Ahmad Tarmizi yang juga Ahli Parlimen Sik, berkata pada masa ini, orang ramai tidak dibenarkan melawat Mohd Isadan mengharapkan semua ahli keluarganya bersabar menghadapi ujian berkenaan.

Untuk rekod, Mohd Isa menjadi Adun Belantik selama tiga penggal dan sebelum ini menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta jantung.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *