7 Fakta Mengenai Lidah Kucing | Kalau korang nak tahu, lidah kucing ini sangat sangat unik. Kalau kucing korang luka di tempat kucing boleh jilat, korang akan perhatikan luka di kawasan itu cepat baik. Jadi sekian lama cik en tidak mengeluarkan artikel berkaitan dengan kucing, hari ini cik en rajinkan diri untuk kongsi keunikan lidah kucing ini.
.
Lidah kucing tidak seperti lidah manusia. Lidah kucing sedikit kasar seperti duri duri halus yang dipanggil filiform papillae yang dibuat daripada keratin. Keratan ini sama seperti kuku kita. Dan duri halus inilah yang membantu kucing mengasingkan isi ikan dengan tulang ikan.
.
Alat grooming yang terbaik. Selalunya kucing yang menjilat bulu tandanya kucing korang sedang mandi. Tapi, jika bulu kucing korang semakin buruk atau tidak seperti biasa, kemungkinan kucing korang sakit. Selalunya kucing yang sakit ulser di dalam mulut, akan menyebabkan bulu kucing berwarna putih bersih menjadi kekuning-kuningan. Jadi bawak ke vet yang berdekatan untuk pemeriksaan. So, jika kucing selalu gromming, sedikit sebanyak bulu akan tercabut dan akan masuk ke dalam perut. Ini dinamakan hairball. Jadi penjagaan hairball sangat penting bagi mengelakkan masalah kesihatan kucing korang.
.
Lidah kucing ini bukannya boleh sense of taste semuanya. Dan ada yang menyatakan lidah mereka tidak terlalu sentitif pada masin dan manis. Lidah mereka akan tertarik pada tekstur makanan bukannya pada rasanya.

Lidah kucing ini juga berfungsi untuk check suhu makanan mereka ye.. Mereka tak seperti manusia yang menggunakan tangan untuk check panas atau sejuk.
.
Jika time panas melanda Malaysia, kita akan menggunakan kipas angin, mandi dan sebagainya untuk menyejukkan diri kita, tapi bagi kucing, air liur mereka itulah yang akan menyejukkan badan mereka. Ala ala beri losyen pada kita. Itulah kelebihan Allah beri kepada haiwan ini. Mereka menyesuaikan diri mereka dengan apa yang ada.
Dan semestinya, lidah kucing ini digunakan semasa mereka minum air. Kalau korang nak tahu, kucing boleh jilat air 4 kali dalam masa 1 saat. kalau korang rasa nak tengok sendiri. Apa kata korang rakam kucing korang minum dan play dalam masa perlahan. Korang boleh kira berapa kali. Seperti cik en katakan tadi, lidah kucing kasar dan ianya mampu menarik air yang mereka jilat ke dalam mulut.
.
Dan yang terakhir, fakta yang paling istimewa, dengan menjilat kucing lain, mereka menunjukkan kasih sayang mereka. Dan jika, kalau kucing korang suka menjilat korang, tandanya mereka sangat sangat sangat sayangkan korang tau!

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.