KUALA LUMPUR – Seramai 305,620 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 1 Disember lalu hingga semalam (Jumaat) dengan 6,028 orang didapati positif jangkitan virus itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebanyak 13,202 majikan telah menghantar pekerja mereka menjalani ujian itu yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas pekerja asing.

“Semalam, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 8,717 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 dengan 299 daripadanya positif.

“Hingga kini juga, 1,264 klinik terlibat dengan program saringan ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Sabtu.

Bermula 1 Februari 2021, kerajaan mewajibkan semua majikan di seluuh negara memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dengan kos ditanggung majikan masing-masing.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.