Selain melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan, penganut Islam juga diwajibkan membayar zakat fitrah bagi melengkapkan rukun Islam yang keempat. Semestinya ramai mahu mengetahui platform pembayaran zakat yang tersedia untuk mereka.
Seiring dengan peredaran semasa, kini anda boleh melakukan pembayaran zakat secaras atas talian sahaja dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter fizikal. Jadi, kami sediakan senarai platform pembayaran zakat fitrah yang boleh digunakan anda.
Aplikasi MAE

Menerusinya, pengguna hanya perlu memilih jenis zakat dan beras lalu masukkan butiran peribadi dan sistem akan mengira secara automatik jumlah bayaran keseluruhan. Selain mesra pengguna, anda boleh lakukan pada bila-bila masa untuk pembayaran tersebut.
Aplikasi Boost

Aplikasi ini sedia menawarkan pembayaran zakat fitrah yang lebih efisien dengan beberapa langkah mudah. Anda diingatkan untuk menyediakan baki secukupnya untuk memastikan proses pembayaran yang lancar.
Aplikasi TheNoor

Difahamkan pihak TheNoor berkerjasama dengan beberapa institusi zakat tempatan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah untuk pembayaran Zakat Fitrah. Kaedah pembayaran pula boleh dibuat menerusi kaedah FPX yang menyokong sejumlah besar perbankan utama di Malaysia.
Aplikasi Tulus

Selain itu, anda juga boleh mencuba aplikasi Tulus yang merupakan aplikasi fintech islam yang membolehkan capaian pantas dan selamat untuk perkhidmatan dan urusan pembayaran berteraskan Islam serta patuh syariah.
Menerusinya, anda boleh membuat pembayaran seperti Zakat, Waqaf, Infaq dan Sedekah secara atas talian sahaja. Menariknya, proses pembayaran transasik berlaku secara real time dan pantas. Malah, anda boleh buat pelbagai pembayaran walau di mana jua pada bila-bila masa.
Aplikasi/Portal MyEG

Untuk aplikasi pula, ia hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja. Proses pembayaran juga mudah untu dibuat disamping mempunyai sokongan untuk pusat pungutan zakat di sejumlah negeri.
Portal PayHalal

Tahun ini turut memperlihatkan tambahan satu lagi negeri disokong iaitu Kedah yang menjadikan sebanyak tiga negeri secara keseluruhannya termasuk Kuala Lumpur dan Kelantan.
Layari portal rasmi PayHalal di sini
Kini anda boleh mengetahui sejumlah platform pembayaran zakat fitrah atas talian yang disediakan untuk kemudahan bersama. Anda juga boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai cakna dan boleh membuat pembayaran mengikut keselesaan masing-masing.
Vocket