Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dalam satu kenyataan semalam mengesahkan seramai 50 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes-kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes Covid-19.

“Pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.

“Siasatan oleh pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan samada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari, namun keadaan terkawal,” katanya.

Dr Sha’ari berkata, kesemua kontak diambil swab ujian dan diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) malah semua pesakit yang kontak kepada kes juga diambil swab ujian yang sama.

“Pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting.

“Orang awam juga diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Pihak JKNS akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke laman sosial, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat pesakit dan petugas yang telah dijangkiti.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *