JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,711 kes semalam berbanding 3,969 kes kelmarin.

Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,914,557 kes.

Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,120 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,843,468 kes.

Tiada kematian daripada kes-kes Covid-19 dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,480 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,763 kes.

Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 34,609 kes dengan 32,956 kes atau 95.2 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,586 kes atau 4.6% pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 47 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *