LEMBAH KLANG, 28 April 2023 – Kira-kira 40 peratus daripada 5,000 kediaman umat Islam yang diperiksa di sekitar Lembah Klang, tersasar daripada kedudukan kiblat yang tepat.
Perkara ini dilaporkan oleh Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) selepas memeriksa lebih 20,000 kediaman dan premis untuk ditentusahkan arah kiblat masing-masing.
Menurut Setiausaha Agungnya, Abdul Latip Ibrahim, dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2012 hingga 2022, sebanyak 20,000 rumah telah ditentusahkan arah kiblatnya oleh persatuan itu.