Dewan Undangan Negeri (Dun) di tiga negeri pimpinan Pas tidak akan dibubarkan walaupun berlakunya pembubaran Parlimen untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad berkata, Terengganu, Kelantan dan Kedah yang dipimpin Pas akan terus memerintah sehingga habis penggal.

“Pas akan memerintah negeri-negeri itu sehingga habis penggal,” katanya dalam sidang media pada Program Jualan Bantu Rakyat di Kampung Sungai Petai semalam

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini tiada perbincangan di Kabinet berhubung tarikh pembubaran Parlimen dan tidak pernah menyentuh mengenai PRU-15.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.