Sebelum ini telah tersebar kajian yang menunjukkan 4 daripada 10 rakyat Malaysia didapati melayari laman web lucah dalam tempoh seminggu.

Ini adalah aktiviti yang tidak sihat dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan mereka telah menyekat 2,921 laman web yang mengandungi pornografi sejak tahun 2018.

Tindakan undang-undang juga diambil terhadap pemberian atau penyebaran kandungan berunsur lucah di platfom media sosial.

Ia menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. – Menurut MCMC kepada Harian Metro.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *